Thursday 25 October 2012

Permainan Tradisional Masyarakat Melayu

Seperti mana yang kita tahu, negara Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Hari ini, cikgu akan memperkenalkan permainan tradisional bagi kaum Melayu. Di antaranya termsuklah congkak, batu seremban, wau dan gasing.
__________________________________________________________________

Permainan Congkak

Permainan ini wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. 

Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak yang merupakan "rumah". "Rumah" kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain.

Pemain akan duduk secara bertentangan dan "kampung " akan disi dengan buah congkak yang mempunyai bilngan buah yang sama. Kedua-dua pemain akan mulakan permainan secara serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap "kampung" menuju ke "rumah" masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di kampung yang kosong dan dianggap mati.  Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Pemain yang mendapat buah congkak yang paling banyak di "rumah"nya pada akhir permainan dianggap menang.


       
__________________________________________________________________

Batu Seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Permainan ini sering dimainkan di waktu lapang oleh kanak-kanak dan perempuan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Biasanya ia menggunakan biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek yang berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan ialah 5 biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. 

Dalam permainan ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Pemain akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan buah satu sehinggalah kepada peringkat yang lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.


__________________________________________________________________

Wau

Permainan wau juga dikenali sebagai layang-layang. Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke-15. Sehingga kini, wau masih digemari oleh pendudukn di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau kucing, wau daun, wau merak, wau puyuh, wau bulan dan lain-lain lagi. Antaranya yang paling digemari oleh orang Malayu ialah wau bulan.

Biasanya, wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang yang memegang wau dan seorang lagi memegang tali. Apabila angin bertiup, tali akan ditarik oleh juru anjung secara melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.


Pelbagai jenis wau

__________________________________________________________________

Gasing

Gasing merupakan permainan tradisional orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. 

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbangi pada satu titik. Gasing biasa diperbuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Pemain akan melilitkan seutas tali pada tangan dan gasing kemudian gasing dilempar ke atas tanah. Dalam permainan gasing, semua pemain mesti mempunyai kemahiran memusing, memangkah, mengangkat, menegak dan membela uri gasing. Pemenang akan dikira berdasarkan tempoh masa gasing berputar.



Saturday 13 October 2012

Lagu Negaraku

Di sini saya ingin memperkenalkan lagu Negaraku kepada murid-murid.


Lirik Lagu Negaraku - Lagu Kebangsaan Malaysia

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
bersatu dan maju

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta


Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-negaraku-lagu-kebangsaan.html#ixzz29wgujg5p