Tuesday 13 November 2012

Permainan Tradisional Masyarakat India


 Kali ini, cikgu ingin memperkenalkan permainan tradisional kaum India.

__________________________________________________________________

Kho-kho

'Kho-kho' merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Kabanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-kho merupaka  hasil pengubahasuaian daripada satu permainan "Lari dan Kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk mengelak peserta-peserta lain.

Permainan kho-kho dijalankan di petak padang yang seluas 27m X 15m. Setiap kumpulan boleh mempunyai 12 orang pemain. Namum, hanya 9 daripadanya akan diturunkan dalam satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar, 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala pemain yang ke-9 akan bertindak sebagai pengejar. Sasaran bagi setiap penegjar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan 'foul' (pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya atau lambat sampai ke had garisan). Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata 'kho-kho'. Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran, terdapat 5 minit masa untuk berehat.


Berikut merupakan satu video yang dirakam bagi permainan Kho-kho.

__________________________________________________________________

Chaturanga

Asal-usul catur moden semula dikenal dengan nama Charuranga, yang berkembang di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan kekuatan berbeda, dan kemenangan tergantung pada buah terakhir, atau dalam catur modern ditandai dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.

Pada awal abad 19, sebuah pendapat disampaikan oleh Kapten Hiram Cox dan Duncan Forbes bahawa dulu catur dimainkan 4 orang sekaligus, termasuk empat pemain dalam chaturanga.

Dalam terminologi sanskrit, "Chaturanga" bererti 'memiliki empat bahagian' dan dalam puisi epos kepahlawanan perkataan itu juga bererti 'tentera'. Nama permainan ini berasal dari sebuah formasi pertempuran dalam epos Mahabrata yang terkenal di India Chaturanga adalah sebuah simulasi permainan perang untuk memperlihatkan kekuatan strategi tentera India pada masa itu.

__________________________________________________________________

Kabadi

Kabadi ialah sebuah permainan yang dibentuk dalam permainan tradisional India. permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di  Asia Tenggara, Jepun dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh, dan juga meluas di Tamil Nudu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India. Selain itu, kadabi juga dimainkan oleh tentera British untuk tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mengumpan tentera askar dan komuniti Asia British.
Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m X 10m (sama dengan separuh daripada gelanggang bola keranjang). Setiap pasukan mengandungi seramai 5 orang pemain simpanan.. Permainan ini dilangsungkan selama 20minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian badan mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. 

Setiap pemain terkeluar, pihak lawan akan mendapat markah. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi merupakan pemenang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripada seorang pengadil dan dua orang pembantu pengadil, seorang penjaring dan dua orang pembantu penjaring.

Berikut merupakan satu video yang dirakam semasa menjalankan pertandingan kabadi.

Sunday 4 November 2012

Permainan Tradisional Masyarakat Cina

Selepas memperkenalkan permainan tradisional kaum Melayu, kali ini saya akan memperkenalkan permainan tradisional kaum Cina pula.
______________________________________________________________

Xiang Qi (Catur Cina)

Catur Xiang-qi berasal dari zaman purba Cina, iaitu kira-kira tahun 569. Buku purba Cina dari Dinsti Song mempunyai catatan mengenai catur Xiangqi moden yang paling awal. Pada masa itu, catur Xiangqi merupakan sejenis permainan dan tifak mempunyai peraturan yang terperinci. Ia berkembang bersama-sama perubahan zaman dan menggambarkan kebijaksanaan yang dihasilkan oleh rakyat Cina.

Catur Xiangqi merupakan sebuah permaian papan yang dimainkan oleh dua orang pemain dalam satu masa. Terdapat dua warna bagi buah catur Xiangqi iaitu warna hitam/hijau dan merah. Setiap seorang pemain akan mengawal salah satu warna buah catur. Cara permainan Xiangqi lebih kurang sama seperti catur iaitu pemain pelu mengerakkan buah catur untuk mengeluarkan buah catur pelawannya dengan cara pergerakan catur yang tertentu. Setiap jenis buah catur mempunyai pergerakan yang berbeza.

Catur ini sebagai permainan tradisional China masih popular dan digemari dalam kalangan rakyat China serta bangsa Cina.


______________________________________________________________

Yo-yo Cina

Permainan Yo-yo Cina telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Mashihi. Yo-yo cina ialah permainan yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang.

Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Sesetengah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

Permainan ini boleh dimain secara perseorangan dan juga secara kumpulan bergantung kepada aksi yang dilakukan.


Berikut merupakan satu video yang dirakam semasa menjalankan petunjukkan yo-yo cina.



______________________________________________________________