Sunday 4 November 2012

Permainan Tradisional Masyarakat Cina

Selepas memperkenalkan permainan tradisional kaum Melayu, kali ini saya akan memperkenalkan permainan tradisional kaum Cina pula.
______________________________________________________________

Xiang Qi (Catur Cina)

Catur Xiang-qi berasal dari zaman purba Cina, iaitu kira-kira tahun 569. Buku purba Cina dari Dinsti Song mempunyai catatan mengenai catur Xiangqi moden yang paling awal. Pada masa itu, catur Xiangqi merupakan sejenis permainan dan tifak mempunyai peraturan yang terperinci. Ia berkembang bersama-sama perubahan zaman dan menggambarkan kebijaksanaan yang dihasilkan oleh rakyat Cina.

Catur Xiangqi merupakan sebuah permaian papan yang dimainkan oleh dua orang pemain dalam satu masa. Terdapat dua warna bagi buah catur Xiangqi iaitu warna hitam/hijau dan merah. Setiap seorang pemain akan mengawal salah satu warna buah catur. Cara permainan Xiangqi lebih kurang sama seperti catur iaitu pemain pelu mengerakkan buah catur untuk mengeluarkan buah catur pelawannya dengan cara pergerakan catur yang tertentu. Setiap jenis buah catur mempunyai pergerakan yang berbeza.

Catur ini sebagai permainan tradisional China masih popular dan digemari dalam kalangan rakyat China serta bangsa Cina.


______________________________________________________________

Yo-yo Cina

Permainan Yo-yo Cina telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Mashihi. Yo-yo cina ialah permainan yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang.

Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Sesetengah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.

Permainan ini boleh dimain secara perseorangan dan juga secara kumpulan bergantung kepada aksi yang dilakukan.


Berikut merupakan satu video yang dirakam semasa menjalankan petunjukkan yo-yo cina.



______________________________________________________________



No comments:

Post a Comment